NOTE to MYSELF
Selepas habis belajar angan-angan kau adalah kau nak cari kerja, nak bahagiakan ibu ayah yang telah pun berpenat lelah menanggung selama 3 tahun diploma dan ijazah kau yang menjadikannya 6 tahun.
Tu angan-angan tapi realiti, hurm tak macam tu. Mungkin ada orang akan cakap
"Eh aku lepas habis belajar senang je dapat kerja, kau memilih sangat ni , demand". Manusia semua akan bercakap semua nak dipertikai tapi diaorang tak tahu apa yang kita lalui
Nak cakap kau memilih kau dah minta macam-macam kerja dari jawatan spm sampai la ijazah. Tapi mungkin ada salahnya kau juga sebab sepatutnya kalau kau nak minta jawatan spm jangan la tunjuk ijazah kau, memang majikan tak nak ambil la selalunya. Tapi hikmahnya, mencari kerja ni banyak mengajar aku erti untuk menghargai kerja yang bakal datang nanti (in shaa allah).
Apa yang membuatkan kau tak meroyan dan kemurungan (melebih je contoh pun) adalah disebabkan keluarga yang amat mendukung. Kadang2 orang tak tau kita dah berusaha tapi rezki tu yang belum sampai lagi. Kita dah buat macam2 dah tapi kalau Allah tetapkan yang ni bukan rezki kita dia takkan datang pada kita lagi walaupun kuat mana pun usaha kita.
Wahai diri sendiri,
Percaya pada rezki yang ditetapkan allah
Walau kau kena lari bidang sekalipun
Walau kau perlu dapat gaji sikit pun untuk permulaan
Walau kau kena mula dari kelayakan spm sekalipun
Semua yang terjadi ada sebabnya
yang penting pengalaman
Kepada semua penganggur2 terhormat di luar sana kalau kita dah berusaha tapi tetap tak dapat2 mungkin rezki kita belum ada lagi dan allah dan mungkin allah nak uji kita dan nak beritahu kita supaya kita sentiasa membaiki diri kita.
Doakan diri saya dan semua yang belum dapat pekerjaan, moga 2018 menjadi tahun yang terbaik bagi diri kita.
12.10 am
3 March 2018
Comments
Post a Comment