Posts

Showing posts from March, 2018

NOTE to MYSELF

Selepas habis belajar angan-angan kau adalah kau nak cari kerja, nak bahagiakan ibu ayah yang telah pun berpenat lelah menanggung selama 3 tahun diploma dan ijazah kau yang menjadikannya 6 tahun.  Tu angan-angan tapi realiti, hurm tak macam tu. Mungkin ada orang akan cakap  "Eh aku lepas habis belajar senang je dapat kerja, kau memilih sangat ni , demand". Manusia semua akan bercakap semua nak dipertikai tapi diaorang tak tahu apa yang kita lalui  Nak cakap kau memilih kau dah minta macam-macam kerja dari jawatan spm sampai la ijazah. Tapi mungkin ada salahnya kau juga sebab sepatutnya kalau kau nak minta jawatan spm jangan la tunjuk ijazah kau, memang majikan tak nak ambil la selalunya. Tapi hikmahnya, mencari kerja ni banyak mengajar aku erti untuk menghargai kerja yang bakal datang nanti (in shaa allah). Apa yang membuatkan kau tak meroyan dan kemurungan (melebih je contoh pun) adalah disebabkan keluarga yang amat mendukung. Kadang2 orang tak tau kita da...